Saturday, 16 April 2016

ADUN TINJAU KAWASAN LANGSUIR TAK BERANI MUNCUL !!!


Gempar di media sosial mendakwa penduduk di sini diganggu langsuir, wakil rakyat kawasan tersebut Muhammad Yusoff Mohd Noor memberanikan diri meninjau kawasan terlibat.

Ahli dewan undangan negeri (Adun) Sungai Dua melakukan tinjauan di Taman Desa Murni, Titi Gantung, Jalan Baru Sungai Dua, Taman Sungai Dua Utama dan jambatan menuju ke Taman Pasir Indah di mana tempat yang penduduk mendakwa diganggu langsuir.

“Alhamdulillah setakat tinjauan yang dilakukan, langsuir tersebut tidak muncul.

“Pada saya, perkara ini mungkin benar atau tidak, namun harapan saya agar ianya tidak sampai ke tahap menyebabkan menjadi sesuatu yang khurafat,” katanya

Yusoff berharap perkara itu tidak berlarutan menganggu kehidupan seharian masyarakat setempat di situ.

Katanya, beberapa penambahbaikan akan dilakukan di kawasan itu agar insiden sama tidak berulang.

“Kita akan usahakan supaya kawasan ini iaitu di kawasan loji di Taman Desa Murni Fasa 1 ini diterangi lampu jalan.

“Bagi kawasan lain dan ada kawasan yang mana berhampiran sungai, kita dapati kawasan ini semak dan gelap, untuk itu kita sarankan supaya kawasan ini segera dibersihkan.

“Apa yang saya harapkan ialah kita letakkan sepenuhnya kepercayaan dan keyakinan kepada Allah. Jangan disebabkan perkara ini ianya menjejaskan [akidah] kita,” beliau dilaporkan berkata. - SinarHarian

Post a Comment