Friday, 15 April 2016

RUPA-RUPANYA DENDAM KESUMAT NURUL IZZAH TERHADAP MAHATHIR TIDAK PERNAH PUDAR !!!


Nampaknya, dendam kesumat keturunan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sukar dipadamkan apabila Mahathir baru-baru ini melakukan serangan terhadap Anwar dalam temu ramah bersama media luar.


Ekoran tindakan Mahathir yang memaklumkan kepada media luar bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri, Anak sulung Anwar, Nurul Izzah hari ini meluahkan rasa dendam terhadap bekas Perdana Menteri 22 tahun itu.

Menurut Nurul Izzah, Mahathir tidak layak untuk memutuskan pemimpin yang akan jadi Perdana Menteri serta menentukan hala tuju pentadbiran negara yang kini dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

"Kita tidak mahu mantan diktator Dr Mahathir atau diktator terkini menentukan hala tuju masa depan Malaysia," tegas Nurul Izzah.

Memang betul apa yang disuarakan Nurul Izzah terhadap Mahathir itu... Mahathir tidak layak dan tidak mempunyai hak untuk menentukan hala tuju pentadbiran negara.

Tengok sajalah tindakan yang dibuat oleh Mahathir sehingga hari ini... Jelas gerakan yang dibuat itu adalah untuk kepentingannya sendiri... Sehingga hari ini, beliau masih merahsiakan identiti calon yang layak menggantikan Najib yang kononnya telah menyebabkan ekonomi negara merosot.

Lagipun orang tahu, hala tuju yang ditentukan Mahathir itu hanya untuk memberi keuntungan kepada kroni-kroninya termasuk memastikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dapat menjadi Perdana Menteri.

Dalam masa sama, Nurul Izzah turut meminta orang ramai supaya tidak terlibat dengan aktiviti perjuangan Mahathir, sebaliknya lebih terlibat dengan perjuangan menyelamatkan Malaysia.

"Maka sebab itu saya minta lebih ramai rakyat untuk lebih aktif untuk memastikan diri mereka diwakili dalam pelbagai forum, termasuk Deklarasi Selamatkan Malaysia," katanya. - Utaranews.com

No comments: