Friday, 4 March 2016

DEKLARASI TUN M BERSAMA PEMBANGKANG DEMI DENDAM YANG TAK SUDAH!.. PEMBANGKANG TEPUK TANGAN !

KUALA LUMPUR, 4  Mac – Seorang pensyarah Universiti Institusi Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Hanafiah Harun menyifatkan deklasrasi Tun Mahathir bersama kepimpinan pembangkang hanyalah merupakan satu agenda untuk memuaskan hati dan agenda politik peribadi masing-masing.

Menurutnya, sekiranya benar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib membuat salah laku dan penyelewengan, perkara tersebut perlulah dibuktikan dengan fakta yang kukuh dan nyata, dan bukan hanya membuat tuduhan hanya bergantung kepada bukti yang tidak kukuh dan hanya bertujuan untuk membina persepsi negatif di kalangan rakyat.
“Bagi saya, kalau betul mereka kena buktikan. Jangan hanya bercakap sana-sini semata-mata untuk bina persepsi negatif terhadap Najib, namun tidak ada bukti yang kukuh untuk menyokong dakwaan mereka itu.
“Perkara yang dituduh itu melibatkan wang yang berbilion jumlahnya. Mustahil untuk menutupi bukti jika kita ada sejumlah wang yang begitu besar di dalam akaun peribadi kita. Apatah lagi jika wang tersebut adalah hasil penyelewengan daripada syarikat contohnya seperti 1MDB seperti yang diperkatakan.
“Bukti perlulah sahih dan barulah tindakan boleh dibuat. Namun sekiranya tuduhan demi tuduhan yang dibuat terhadap Najib, namun sehingga sekarang tidak ada bukti yang nyata dan sahih, maka susahlah kita nak percaya,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Sementara itu belau juga mengingatkan bahawa umat Islam dilarang mengaibkan sesama sendiri apatah lagi mengaibkan pemimpin Islam yang sedang memerintah.
“Islam memerintahkan kita untuk mentaati pemimpin. Jika mereka kata macam mana nak taat pemimpin yang melakukan jenayah, kita tanya pada mereka apa bukti bahawa Najib melakukan jenayah sepertimana yang mereka dakwa itu. Jika benar terbukti, maka kita boleh tarik balik ketaatan kepada pemimpin tersebut.
“Tetapi setakat ini, kita hanya mendengar sahaja segala dakwaan tersebut dan tidak pernah saya lihat di mana-mana tentang bukti-bukti sahih bahawa penyelewengan atau jenayah tersebut dilakukan oleh Najib, kecuali yang didedahkan oleh Wall Street Journal yang turut diragui kebenarannya.
“ Jadi, bagi saya jika kita mahu mendakwa seseorang itu melakukan jenayah, kita perlu ada bukti yang kukuh dan bukannya hanya bersumberkan paparan media asing di mana kita sendiri pun curigai agenda tersirat mereka di negara ini,”ujarnya.-MediaUMNO

1 comment:

Raja Kumbang said...

Jadi dekan le tak lama lagi prof