Friday, 4 March 2016

APAPUN RESULT SPM ANAK ANDA UCAPKANLAH TAHNIAH DAN TERIMA LAH DENGAN REDHA..

Pesanan khas buat ibu bapa pelajar SPM viral di media sosial

Keputusan SPM sudah diumumkan semalam. Tahniah diucapkan kepada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan cemerlang, bagi yang tidak berjaya, jangan risau, ini hanya baru permulaan, jangan putus asa, masih jauh lagi perjalanan untuk kecapi kejayaan. Ingat, gagal sekali, bukan gagal selama-lamanya. Apa-apa pun, korang semua sudah buat yang terbaik, untuk langkah yang seterusnya, percayalah, masih besar lagi dugaan yang akan datang untuk memperoleh kejayaan.


Bercakap mengenai keputusan SPM, media sosial hari ini viral dengan satu luahan yang ditulis di laman Facebook seorang lelaki yang bernama Asrul Muzaffar Mohammed dituju khas buat ibu bapa kepada pelajar-pelajar yang baru mengambil keputusan SPM semalam. Memang makan dalam habis, ada betulnya kata-kata lelaki ini. apa pula pendapat korang? Jom kita baca apa yang ditulis oleh beliau :

Mungkin ada sesetengah Ibubapa kecewa atau marah dengan keputusan SPM anak yang tidak cemerlang, tetapi, bukan bermakna anak anda tidak berusaha, rezeki dan nasib itu sudah terletak pada takdir. Mereka sudah cuba memberi yang terbaik, anak mana yang tidak ingin lihat ibu bapa mereka gembira ya tak? Jadi, berfikirlah secara positif, dorong lah mereka dengan nasihat yang membina. Walaupun anda sedih dengan pencapaian mereka, tidak mengapa, ini bukanlah pengakhiran, perjalanan masih jauh, ingat, tiada istilah lambat untuk berjaya. Yang penting, usaha yang berterusan dan jangan sesekali berputus asa. Okay ?? 
Sumber : Era fm

Post a Comment