Thursday 11 February 2016

TAUKE RESTORAN MAMAK MAKI JPJ DALAM VIDEO MAUT DITEMBAK DARI JARAK DEKAT


GEORGETOWN: Seorang tauke restoran nasi kandar dan pengusaha kedai cuci kereta maut ditembak lima das dari jarak dekat oleh dua lelaki tidak dikenali di Jalan Datuk Keramat, di sini, awal pagi tadi. 


Dalam kejadian pada jam 3.30 pagi itu, Syed Amin Zainul Abidin, 46, yang memandu kereta Mercedes Benz dipercayai berhenti di depan sebuah kedai motosikal sebelum dihampiri dua lelaki menaiki sebuah motosikal. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zakaria Ahmad, berkata seorang daripada suspek melepaskan tujuh das tembakan ke arah mangsa yang berada di tempat duduk pemandu. 



Beliau berkata, empat das tembakan mengenai badan peniaga berkenaan dan satu das lagi mengenai bahagian kepala, menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi. Suspek juga, katanya, turut melepaskan satu das tembakan ke arah dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), yang sedang bertugas mengawal premis perniagaan berdekatan, namun tersasar. 

"Siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan masih dilakukan bagi mengenal pasti motif serangan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian sebentar tadi.

Mangsa sebelum ini pernah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mengeluarkan kata-kata kesat ke atas pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada November tahun lalu.

Nota  :  Allahyarham Syed Amin juga dikenali sebagai aktivis yang lantang  bersuara dalam isu perobohan kampung Melayu dan kedai Melayu di Pulau Pinang.

No comments: