Monday, 1 February 2016

PERAK DAN KELANTAN BAKAL DILANDA CUACA SEJUK SEPERTI MUSIM BUNGA DI LONDON

Imej google

PENDUDUK di Semenanjung Malaysia terutamanya di Perak dan Kelantan dikhabarkan akan merasai cuaca sejuk dan nyaman ala musim bunga di London tidak lama lagi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.


Suhu di kedua negeri itu dijangka turun sehingga 20 darjah Celcius sepanjang Februari ini berikutan bawaan angin sejuk di kawasan kutub utara yang terkumpul terlalu lama mengakibatkan laluan luruan angin.
Menurut laporan jabatan tersebut, luruan angin kutub utara itu ‘berpecah’ dari sempadannya dan bertiup ke hemisfera selatan.
Dalam beberapa hari lagi, luruan angin itu akan sampai ke utara Semenanjung Malaysia terutama di kawasan pedalaman sekitar Perak dan Kelantan disebabkan faktor geografi berlatitud tinggi.
Namun begitu, negeri seperti Perlis, Kedah dan sebahagian kawasan tanah rendah di Perak dijangka kurang terkesan dengan angin sejuk itu ekoran dipengaruhi suhu laut Lautan Hindi,” lapor Kosmo yang memetik sumber jabatan itu.
Cuaca sejuk itu dijangka bawah suhu kebiasaan di Cameron Highlands dan Genting Highlands yang hanya mencatatkan suhu 22 hingga 24 darjah Celsius.
Fenomena luruan angin itu dilaporkan terdahulu melanda Vietnam dan Thailand dengan suhu di Bangkok dicatatkan serendah 13 darjah Celsius.
Jabatan Meteorologi bagaimanapun meramalkan tiada penurunan suhu ekstrem seperti itu ekoran Malaysia sedang dilanda fenomena El Nino.
Sebelum ini, beberapa kawasan di dalam negara pernah mengalami cuaca sejuk pada 2014 di mana kawasan Kuala Krai, Kelantan pernah mencatatkan suhu sekitar 17 darjah Celsius. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment