Monday 29 February 2016

GEMPAR ! MAYAT REPUT DIPERCAYAI LELAKI TERDAMPAR DI BELAKANG RESORT DI PANTAI BARU MERANG


Orang awam yang mengunjungi Pantai Baru Merang, di sini, gempar apabila menemui mayat reput dipercayai seorang lelaki.


Mayat itu ditemui oleh orang awam di belakang sebuah resort di kawasan pantai berkenaan.

Sumber Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, berkata mayat itu ditemui dalam jarak 100 meter dari resort berkenaan.

"Siasatan awal mendapati mayat itu dipercayai sudah lebih dua bulan dan disyaki seorang lelaki dengan ketinggian dianggarkan 5.5 inci (162.5 sentimeter).

"Mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Elias Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes berkenaan sedang disiasat.

No comments: