Wednesday, 3 February 2016

DS MUKHRIZ LETAK JAWATAN MB KEDAH, HARAP MB BARU TAK TERTIDUR SEMASA ANGKAT SUMPAH !

DS Mukhriz dalam sidang akhbar di Wisma Darul Aman sebentar tadi umum letak jawatan MB Kedah.  Jam 11 am SUK akan umum MB baru yang akan angkat sumpah esok.

“Saya harap Datuk Seri Ahmad Bashah sewaktu angkat sumpah tak akan terlena,” kataDatuk Seri Mukhriz Mahathir seolah-olah menyindir penggantinya itu.


Kata-katanya itu ternyata sekali menarik perhatian ramai yang hadir pada sidang media pagi tadi.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar yang baharu.
Update sebelumnya :

Selepas dua minggu pergolakan politik melanda Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersetuju untuk melepaskan jawatannya sebagai menteri besar.

Timbalan ketua badan perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah akan menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar yang baru.

Mukhriz membuat pengumuman itu dalam satu sidang media di pejabat pentadbiran negeri di Wisma Darul Aman hari ini, dan mengakhiri kemelut dalam kepimpinan Umno Kedah yang mahu beliau berundur.

Mukhriz mengambil keputusan untuk berundur selepas dimaklumkan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah bahawa beliau telah hilang keyakinan majoriti ADUN di negeri ini.

Dua puluh satu ADUN BN dan 15 ADUN pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah telah menyuarakan pandangan mereka kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada hari Isnin dan Selasa lalu.

Pelantikan Ahmad Bashah sebagai menteri besar Kedah yang baru diumumkan dalam satu sidang media khas oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din pagi ini.

Semalam, wakil rakyat pembangkang berkata mereka mahu krisis MB diselesaikan melalui undi tidak percaya terhadap Mukhriz di dewan undangan negeri.

Spekulasi bahawa Kedah akan mendapat MB baru hari ini bertiup kencang sejak semalam selepas Mukhriz membatalkan mesyuarat exco kerajaan negeri pagi ini.

Anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu menduduki kerusi berkenaan pada 6 Mei 2013 selepas Pilihan Raya Umum ke-13, di mana BN berjaya merampas negeri itu daripada PAS.

Bagi ramai pemerhati politik, Mukhriz adalah mangsa kepada perang mulut antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir. Namun Umno Kedah mendakwa Mukhriz gagal menyatupadukan parti dan tidak mempunyai strategi membangunkan negeri itu.

Mahathir, yang pada satu masa menyokong Najib, kini telah menjadi pengkritiknya paling sengit, terutama selepas dakwaan penglibatan Najib dalam skandal 1MDB dan sumbangan RM2.6 bilion daripada keluarga diraja aRAB Saudi yang dimasukkan ke akaun bank peribadinya sebelum PRU13.

Oleh : Susan Loone
3 Feb 2016, pagi 10:37
Dikemaskini 3 Feb 2016, tengahari 11:38

1 comment:

Joeharry said...

Muhkriz kalah tipis dalam PAU yang lalu untuk jawatan naib presiden berbanding dengan hisyamudin.
Apabila 1mdb mula menjadi isu, muhyidin (timbalan), shafie (naib) dan muhkriz mula memperkatakan tentang isu ini.
Walaupun zahid dilantik menjadi timbalan tetapi hanya atas tiket naib presiden. Zahid belum lagi diuji melalui pertandingan untuk jawatan naib presiden.
Desakan muhkriz supaya pemilihan untuk jawatan parti tidak ditangguh sudah menampakan jawatan presiden dan naib presiden akan dicabar.
Bermula dengan bahagian pasir gudang yang membuat usul supaya najib letak jawatan dan diikuti oleh usul sebulat suara dari umno bahagian merbok.
Kebangkitan ini merupakan ancaman kepada najib dan zahid. Skandal yang membabitkan najib menjadi barah sokongan padanya. Manakala zahid pula masih dibayangi sikitol pada anwar ibrahim. Tangannya masih merah dengan darah umno yang ditikamnya.
Manakala hishamudin pula tidak mampu berdaya saing. Hanya pengaruh tun hussin dan bajib sebagai bapa saudaranya.
Kalau pemilihan benar2 terjadi maka team najib akan menjadi "under dog".
Tun mahadhir yang berpengaruh dan berpengalam sudah tentu akan memihak pada muhkriz selaku anaknya.
Sebelum rebung menjadi buluh, najib mesti patahkan dan cincang menjadi sayur.
Najib bukan pm pilihan majoriti rakyat. Sebagai ahli umno, terpaksa akur kerana ianya tradisi dalam umno. Tetapi rakyat yang bukan ahli umno melihat sinis pada kemampuan najib. Pelbagai jawatan yang disandang semasa mahadhir dan abdullah menjadi pm, tetapi tidak ada aura yang boleh dibanggakan rakyat. Sebab itu pengundi cina dan india menolak. Bukan seban kekuatan DAP atau PKR. tetapi lebih kepada keyakinan. Mahu tidak mahu najib tetpaksa membeli hati pengundi dengan br1m. Saban tahun jumlahnya dinaikan, tetapi matlamatnya tetap gagal.
Rakyat yang tinggal dikawasan bandar dan pinggir bandar tak dapat diumpan dengan br1m. Kepelbagaian media telah mengambil peranan menyampaikan isu-isu yang melibatkan pentadbiran kerajaan. Ianya mudah diterima rakyat jika dibandingkan dengan media penerangan kerajaan. Puncanya sebab rakyat tidak yakin dengan najib dan zahid serta najib gagal menjawap isu melibatkan dirinya
Laluan najib masih berliku. Najib menuruni lurah yang dalam. Menyingkirkan muhkriz menjadikan ia sebagai wira yang tak didendang.
Najib... isu yang melibatkan dirimu umpama air sungai yang mengalir. Kau silap bila kau membina tembok supaya air tidak langsung mengalir. Bila air semakin naik kau tambak semakin tinggi. Sekukuh mana tebing kau bina ianya tetap akan runtuh kerana air boleh melembutkan tebing.
Wassalam