tag:blogger.com,1999:blog-2664448819790526497.post67911769135200647..comments2023-11-09T16:45:02.024+08:00Comments on BICARA PERJUANGAN: DS MUKHRIZ LETAK JAWATAN MB KEDAH, HARAP MB BARU TAK TERTIDUR SEMASA ANGKAT SUMPAH !Unknownnoreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-2664448819790526497.post-4697816678423392002016-02-04T01:56:27.167+08:002016-02-04T01:56:27.167+08:00Muhkriz kalah tipis dalam PAU yang lalu untuk jawa...Muhkriz kalah tipis dalam PAU yang lalu untuk jawatan naib presiden berbanding dengan hisyamudin.
Apabila 1mdb mula menjadi isu, muhyidin (timbalan), shafie (naib) dan muhkriz mula memperkatakan tentang isu ini.
Walaupun zahid dilantik menjadi timbalan tetapi hanya atas tiket naib presiden. Zahid belum lagi diuji melalui pertandingan untuk jawatan naib presiden.
Desakan muhkriz supaya pemilihan untuk jawatan parti tidak ditangguh sudah menampakan jawatan presiden dan naib presiden akan dicabar.
Bermula dengan bahagian pasir gudang yang membuat usul supaya najib letak jawatan dan diikuti oleh usul sebulat suara dari umno bahagian merbok.
Kebangkitan ini merupakan ancaman kepada najib dan zahid. Skandal yang membabitkan najib menjadi barah sokongan padanya. Manakala zahid pula masih dibayangi sikitol pada anwar ibrahim. Tangannya masih merah dengan darah umno yang ditikamnya.
Manakala hishamudin pula tidak mampu berdaya saing. Hanya pengaruh tun hussin dan bajib sebagai bapa saudaranya.
Kalau pemilihan benar2 terjadi maka team najib akan menjadi "under dog".
Tun mahadhir yang berpengaruh dan berpengalam sudah tentu akan memihak pada muhkriz selaku anaknya.
Sebelum rebung menjadi buluh, najib mesti patahkan dan cincang menjadi sayur.
Najib bukan pm pilihan majoriti rakyat. Sebagai ahli umno, terpaksa akur kerana ianya tradisi dalam umno. Tetapi rakyat yang bukan ahli umno melihat sinis pada kemampuan najib. Pelbagai jawatan yang disandang semasa mahadhir dan abdullah menjadi pm, tetapi tidak ada aura yang boleh dibanggakan rakyat. Sebab itu pengundi cina dan india menolak. Bukan seban kekuatan DAP atau PKR. tetapi lebih kepada keyakinan. Mahu tidak mahu najib tetpaksa membeli hati pengundi dengan br1m. Saban tahun jumlahnya dinaikan, tetapi matlamatnya tetap gagal.
Rakyat yang tinggal dikawasan bandar dan pinggir bandar tak dapat diumpan dengan br1m. Kepelbagaian media telah mengambil peranan menyampaikan isu-isu yang melibatkan pentadbiran kerajaan. Ianya mudah diterima rakyat jika dibandingkan dengan media penerangan kerajaan. Puncanya sebab rakyat tidak yakin dengan najib dan zahid serta najib gagal menjawap isu melibatkan dirinya
Laluan najib masih berliku. Najib menuruni lurah yang dalam. Menyingkirkan muhkriz menjadikan ia sebagai wira yang tak didendang.
Najib... isu yang melibatkan dirimu umpama air sungai yang mengalir. Kau silap bila kau membina tembok supaya air tidak langsung mengalir. Bila air semakin naik kau tambak semakin tinggi. Sekukuh mana tebing kau bina ianya tetap akan runtuh kerana air boleh melembutkan tebing.
WassalamJoeharryhttps://www.blogger.com/profile/00847080521953448333noreply@blogger.com