Friday, 15 January 2016

GURU BESAR SJKC PAI CHEE ANTI MELAYU !!! LUCUT KEWARGANEGARAAN... BERAMBUS KAU !!!


Seorang guru di sebuah sekolah SJK(C) membuat laporan polis ekoran dirinya dan beberapa lagi guru Melayu di sekolah itu merasakan mereka menjadi mangsa perkauman di sekolah tersebut. 


Baca lagi Laporan polis yang dibuat oleh Cikgu Hjh Salina Daud.

Pada 13/1/2016 jam lebih kurang pukul 12.20 tengah hari bapa Ng Lee Ze (Murid yang memaki saya pada 5 HB Januari 2016 bernama Ng See How telah datang menyerang saya sambil membaling buku-buku dan alatan mengajar saya di bilik guru. Ng See How memarahi saya sehinggalah Cikgu Choong Wai Kit menariknya dan cikgu Ong Sok Hui menenangkannya.

Hal ini disaksikan oleh empat orang guru iaitu Cikgu Tan Bee Yong, Cikgu Teoh Siew Hong, Cikgu Teo Huay Lee dan Cikgu Phua Aai Lin. Sebelum ini iaitu pada 5Hb Januari 2016. Murid tersebut (Ng Lee Zee) telah memaki saya (Dalam bahasa Cina tanpa sebab) Semasa sesi P&P dijalankan.

Saya telah melaporkan kejadian ini kepada guru kelas tetapi sehingga pukul 1.00 Tengahari (Pada hari tersebut) tidak ada sesiapapun (Guru Besar, Guru Kelas atau GPK) yang datang berbincang dengan saya mengenai hal ini. Saya membuat laporan ini kerana bimbang akan keselamatan saya memandangkan saya diserang di dalam bulik guru di sekolah. Saya tidak berpuas hati kerana pihak sekolah tidak melindugi saya sebagai salah seorang guru di sekolah tersebut.

Sebelum itu juga, pada 19 Hb November 2015 Guru Besar SJKC Pai Chee iaitu Cikgu Ang Swee Hoon pernah menghalau saya dan dua orang guru lagi iaitu Cikgu Syuhadah dan Cikgu Zuraida dengan mengatakan bahawa masyarakat Cina Pai Chee tidak mahu guru-guru Melayu (Kami) mengajar di SJKC Pai Chee. Guru Besar juga telah menemui PPD dan meminta supaya kami dikeluarkan dari SJKC Pai Chee atas sebab-sebab guru Melayu tidak pandai mengajar dan tidak memberikan kerjasama kepada pihak sekolah.

Saya membuat laporan ini kerana merasakan diri saya dan dua orang guru melayu (Cikgu Syuhadah dan Cikgu Zuraida) tidak selamat lagi berada di Sekolah SJKC Pai Chee.

Salinan Laporan Polis:




Berikut pula surat memohon dipindahkan daripada guru-guru Melayu di sekolah tersebut kepada PPD Daerah Mersing.



Masalah perkauman yang amat jelas berlaku di sekolah ini amat mendukacitakan lebih-lebih lagi apabila mengambil titah Sultan Johor bahawa tiada toleransi mengenai isu perkauman di negeri Johor. Kita mengharapkan siasatan dilakukan segera dan tindakan berat diambil kepada yang terlibat.

Sumber :  Laporan Page Sungai Petani Media

Post a Comment