Sunday 31 January 2016

ENJIN TIDAK DIMATIKAN KETIKA ISI PETROL PUNCA FERRARI TERBAKAR ???


SEKEPING gambar memaparkan kereta mewah jenis Ferrari 458 dipenuhi debu kesan terbakar di sebuah stesen minyak kini tersebar.


Kereta itu dikatakan terbakar selepas pemandunya tidak mematikan enjin ketika mengisi petrol.
Tidak banyak info diberi tetapi stesen mintak lokasi kejadian didakwa stesen BHP di Lebuhraya Karak.
Rata-rata komen yang diberikan kepada gambar ini menyelar sikap pemandu kereta terbabit kerana tidak mematikan enjin kereta namun itu boleh dikatakan tanggapan umum sahaja kerana punca sebenar kereta mahal dengan nombor plat Malaysia ini terbakar, tidak dapat disahkan.
Kalau tengok pada nombor plat.. kereta baru ni yop, memang tepuk dahilah pemandunya tu kan! – MYNEWSHUB.CC

No comments: