Sunday, 27 December 2015

VIRAL ANAK REMAJA HANGIN BAPA LAMBAT HANTAR DUIT NAK BELI BARANG SEKOLAH !!!


ANDA SEORANG BAPA KEPADA ANAK PEREMPUAN YANG SEDANG BELAJAR DI IPTA/IPTS.... ? Bayangkan jika anak perempuan anda tulis moment di akaun WeChat peribadinya seperti kata-kata di atas. Apa perasaan anda selepas itu ???


Sikap remaja di zaman ini, adakalanya membuatkan kita yang dewasa ini hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Ada segelintir yang sanggup bersikap biadab dengan ibu bapanya mereka sendiri, namun di depan orang tua mereka itu, lain pula perangainya. 

Terbaru, viral status WeChat seorang gadis bernama Aishah memarahi bapanya secara terbuka. 

"Hish! Sakit pula hati aku ini. Geram betul! Nak suruh hantar duit aku pun susah ke? Duit nak beli barang sekolah saja pun. Itu pun nak marah. Err.. bapa jenis apalah kau ni? Bodoh-bodoh saja. Abah aku gile, suka menyakitkan hati aku. Nak saja aku tembak kepala orang tua itu," katanya. 

Anak remaja zaman ini hanya tahu meminta dan enjoy.  Langsung tidak pernah memahami perit jerih tulang empat kerat ibubapanya mencari nafkah demi kelangsungan hidup keluarganya. Malah demi memastikan anak-anaknya dapat belajar dengan selesa ada ibubapa sanggup bekerja siang dan malam tetapi tidak pernah mengeluh walau sepatah ayat pun. Walaupun kadang-kadang, anak itu sendiri tidak berjaya pun dalam pelajarannya...... ayah tetap redha dan tidak pernah mengungkit....

Wahai anak.... tidak bolehkan kamu bersabar sedikit... tahukah kamu ibubapamu sentiasa bersabar dengan dirimu sejak kamu dari dalam kandungan lagi.  Barangkali sekarang ini ibubapamu sedang dalam kesulitan... atau barangkali juga kesihatannya tidak mengizinkannya untuk bergerak ke bank.. Adakah kamu ada bertanya khabar tentang dirinya ???

Post a Comment