Saturday, 7 November 2015

TRELER TERGELINCIR DI HIGHWAY KESAS



KUALA LUMPUR 7 Nov - Pengguna lebuhraya Konsortium Expressway Shah Alam Selangor (Kesas) dilaporkan mengalami kesesakan lalulintas di laluan lebuhraya menuju ke Perlabuhan Klang, tengahari tadi.


Kejadian tersebut berikutan kemalangan melibatkan sebuah lori treler yang tergelincir melibatkn muatannya di jejambat persimpangan laluan tersebut.




Kesesakan lalulintas dilaporkan kini merebak sehingga ke Pulau Indah menuju ke Bandar Sultan Sulaiman dan Pelabuhan utara menuju ke persimpangan lokasi kejadian.

Kenderaan berat yang melalui jejambat itu dilihat tergantung dengan separuh rangka serta kepala lori berada di atas jejambat manakala muatannya jatuh menghempap papan tanda di lalauan sebelah bawah.

Tiada laporan kemalangan jiwa direkodkan sehingga kini.




Pihak berkuasa juga masih belum dapat menjangkakan jangka masa yang diperlukan bagi kerja-kerja pembersihan.

Post a Comment