Friday, 13 November 2015

MARIA CHIN BAKAL GADAI MARUAH SENDIRI JUMPA OBAMA UNTUK GULINGKAN NAJIB ???


Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah boleh dilabelkan sebagai seorang yang tidak tahu malu dan licik dalam usaha pembangkang yang ingin melihat perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak jatuh tersungkur.


Dengan rasa tidak bermaruahnya, Maria Chin bercadang ingin mengambil kesempatan terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dalam lawatannya ke Turki, Filipina dan Malaysia dari 14 hingga 22 November ini. 

Obama dikhabarkan akan mengadakan lawatan di Malaysia bagi menghadiri sidang kemuncak Asean-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur. Oleh yang demikian, dalam pemikiran pengerusi Bersih tersebut, mereka akan mempergunakan Obama dan mendesak supaya presiden AS itu mempersoalkan krisis skandal yang melibatkan perdana menteri Malaysia terbabit.

“Kami minta persoalan penting itu, berkaitan 1MDB dan (derma) RM2.6 bilion, harus diajukan dan sudah tentu juga berkaitan pendakwaan di mahkamah terhadap aktivis sosial,” kata Pengerusi Bersih.

Tambah anggota jawatankuasa pemandu Bersih, Wong Chin Huat pula, jika persoalan mengenai 1MDB dan wang 2.6 Bilion derma tersebut tidak disebut semasa sidang kemuncak Asean yang bakal berlangsung bulan ini. Maka pembangkang akan merumuskan bahawa AS sebenarnya menyokong fahaman autoritorianisme yang hanya akan menguntungkan geopolitiknya sendiri.

Sementara itu, Maria Chin turut menghasut supaya pemimpin-pemimpin serantau yang menghadiri sidang kemuncak Asean yang bakal berlangsung di ibu negara itu supaya berani bangkit untuk mengkritik kepimpinan Najib dan seterusnya menyalahkan beliau mengenai krisis tersebut.

Namun persoalannya, cukup bodohkah presiden Obama untuk dengar cakap Maria Chin dan koncu-koncunya bagi menjatuhkan perdana menteri?? Dan kena harus melibatkan pemimpin luar untuk selesaikan masalah negara?? - UtaraNews.com

Post a Comment