Friday, 13 November 2015

KERAJAAN SELANGOR TETAP PENDIRIAN NAIKKAN KADAR TARIF AIR.... HAMBIK KAU RAKYAT SELANGOR PENGUNDI PR !!!


PADA  3 Disember 2014, Malaysian Insider  melaporkan bahawa kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar, Azmin Ali sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan jumlah isipadu air percuma dari 20 meter padu sebulan kepada 40 meter padu sebulan.  



Cadangan itu dijangka akan dilaksanakan selepas penstrukturan industri air Selangor dimuktamadkan pada September 2015. Pastinya berita itu disambut gembira oleh rakyat Selangor dan tidak sia-sia mereka mengundi PR !!!

Itu cerita hujung tahun lepas.

Sebaliknya, 11 bulan selepas kenyataan tersebut, semalam...  Kerajaan Negeri Selangor tetap dengan keputusan menaikkan kadar tarif air selepas proses pengambil alihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) oleh kerajaan negeri selesai.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata keputusan itu wajar bagi memastikan pengurusan air lebih efektif termasuk mengatasi masalah gangguan air yang dihadapi pengguna.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya akan memastikan kenaikan tarif air itu tidak akan membebankan pengguna dan rakyat di Selangor.

"Kenaikan tarif ini akan bermula selepas pengambil alihan SPLASH dimuktamadkan.

"Dalam usaha untuk mengurangkan sebanyak 35 peratus kadar air tidak terhasil (NRW) ketika ini, pastinya ia memerlukan kos besar bagi menangani perkara ini," katanya menjawab soalan tambahan Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Mohamed Azmin berkata, kerajaan negeri turut melantik penilai luar bagi menentukan bayaran yang perlu dibayar kepada SPLASH.

Katanya, kerajaan negeri menawarkan RM250 juta kepada SPLASH, tetapi jumlah itu ditolak.

"Tempoh rundingan ini akan berakhir September 2016 dan kerajaan negeri akan pastikan ia selesai dalam tempoh ini.

"Kos pengambil alihan keseluruhan tiga syarikat konsesi ini adalah sebanyak RM1.68 bilion iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd sebanyak RM1 bilion, Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad (SYABAS) RM530 juta dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (ABBAS) RM90 juta," katanya.

Aku fikir yang ini baru dikatakan JANJI DICAPATI !! Hambik kau rakyat Selangor pengundi PR!!! 

Post a Comment