Monday 30 November 2015

ALFATIHAH... PELAWAK YUS JAMBU KEMBALI KE RAHMATULLAH


Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39, telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi di Hospital Selayang akibat serangan jantung.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh rakan karibnya juga salah seorang ahli kumpulan Jambu, Tauke menerusi laman Instagram miliknya.


“Salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo @pakyuih @yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di hospital selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah,” dipetik menerusi kapsyen foto yang dimuat naik Tauke.


Ada yang mengatakan Yus atau panggilan mesranya Pak Yus, dilaporkan mengalami sesak nafas di dalam kereta ketika perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Ada juga yang memberitahau bahawa beliau rebah di atas pentas ketika sedang menjayakan program "Raja Band di Dataran Merdeka.


Anak seni kelahiran Kangar, Perlis ini memulakan kerjaya seni dengan menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 sebelum mula menempah nama dalam bidang komedi tanah air apabila diumumkan juara program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.

Al-Fatihah... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan bersama2 roh orang2 yang soleh dan beriman... amin.

No comments: