Thursday 29 October 2015

PENGHARAMAN VAPE - BN BAKAL KEHILANGAN PENGUNDI MUDA ???


KENYATAAN oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam yang juga Ahli Parlimen Segamat, mengenai penggunaan rokok elektronik (vape)  yang kini menjadi fenomena anak muda bakal diharamkan serta merta terus hangat diperkatakan walaupun perkara itu masih di peringkat kajian.


Vape atau e-cigarettes ini mula menjadi perhatian ramai sekitar tahun 2010 apabila wujudnya kiosk-kiosk di hypermarket-hypermarket dengan konsep “nicotine replacement theraphy”.


Walaupun Prof. Madya Dr Mohamad Haniki Nik Mohamed, Pengetua Akademi Farmasi Malaysia telah menjelaskan, secara amnya bilangan dan kuantiti bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam wap rokok elektronik ini adalah jauh lebih rendah berbanding asap rokok biasa yang mengandungi sekurang-kurangnya 4000 bahan kimia berbahaya termasuk penyebab kanser, namun pada 17 Julai 2013, vape telah difatwakan sebagai haram oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

 

Kita sudah bincangkan rokok dan shisha dan kita boleh samakan dengan vape. Apabila cukup dapatan iaitu yang pertama membahayakan, kedua ia membazirkan dan ketiga memudaratkan daripada segi kesihatan, maka apabila perakuan-perakuan ini sama, maka kita mengatakannya haram - Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin.

Sebenarnya, apakah kandungan VAPE ?


Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) menegaskan, campuran cecair yang digunakan di dalam rokok elektronik boleh menjadi pemangkin kepada penyakit kanser dalam kalangan penggunanya.

Hakikatnya, apabila cecair nikotin bercampur dengan bahan pelarut lain seperti propelyn glycol dan glycerin yang disedut melalui rokok elektronik dan diruapkan kembali ke udara bersama nitrogen oksida, ia boleh menjadi pemangkin kepada kanser  - Utusan


Dari segi syaraknya.. rokok, shisha dan juga vape telah pun diharamkan. Cuma undang-undang baharu pengharaman tersebut masih belum diputuskan oleh kementerian . Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, ketika ini kerajaan sedang berbincang untuk mewujudkan undang-undang baharu melibatkan tembakau, rokok elektronik dan shisha.  Ia masih belum diputuskan sama ada untuk mengawal atau mengharamkan sepenuhnya. Perbincangan isu tersebut masih dijalankan kerana undang-undang berkaitan tembakau tertakluk di bawah Akta Makanan 1993, itu tidak cukup kuat sebab ia tak melibatkan vape dan shisha.

JAKIM telah menyenaraikan 5 sebab mengapa vape diharamkan sama seperti rokok :

1. Qiyas kepada rokok sebenar
2. Kenyataan pakar menunjukkan ia mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada merokok itu sendiri. Ini merupakan asas pertimbangan yang amat kuat kerana mafsadahnya tidak boleh disangkal lagi serta mudaratnya telah diperakui oleh pakar dan badan-badan berautoriti.
3. Pembaziran
4. Meniru budaya yang bukan Islam
5. Dilihat tidak bermaruah

Seterusnya baca di sini

Kita tidak nafikan bila perkara ini menjadi perdebatan netizen di media sosial, pengharaman yang masih dalam penelitian itu seolah-olah telah menjadi isu besar terutama bagi golongan muda.

Ada yang mengatakan bahawa jika pengharaman itu benar-benar dikuatkuasakan, pembangkang akan goyang kaki di PRU14 kerana BN bakal kehilangan 200 ribu pengundi muda kaki vape.... Benarkah ?

Mendasari kebimbangan itulah barangkali DS Ismail Sabri mahu agar isu pengharaman vape di Malaysia dikaji terlebih dahulu dengan teliti..... 

No comments: