Thursday 29 October 2015

KOTOR - TAUKEH RESTORAN TEPUK DAHI PREMIS DIARAH TUTUP


Seorang tauke sebuah kedai makan hanya mampu tepuk dahi selepas diarah tutup kerana didapati melanggar syarat sah lesen dan tak mengamalkan prosedur penyediaan makanan yang betul dalam Operasi Kepialu Majlis Petaling Jaya (MPBJ) semalam.

Dikatakan tauke kedai tu gagal mendapat suntikan tifiod terhadap pekerja dia. Selain tu ada yang lebih teruk, kedainya terlalu kotor dan pekerja tidak  memakai pakaian yang  sesuai.

Patut la kena tutup, tengok keadaan dapur yang kotor tu memang menjijikkan la. Kat situ la diorang dok masak-masak lepas tu saji pulak kat pelanggan. Adooiii, kotornya!

Menurut Timbalan Datuk Bandar MBPJ Wan Johary Anuar, kedai tu antara satu daripada lima kedai makan yang diarahkan tutup selama dua minggu kerana melanggar syarat sah lesen dan tak amal cara prosedur penyediaan makanan yang betul. Salah satu isu yang dipandang serius tu ialah pekerja asing yang tidak mendapat suntikan tifiod.

Sekarang ni kan kes demam kepialu dah tersebar. Demam kepialu tu dah la bagi kesan yang bahaya sampaikan boleh merosakkan pelbagai organ-organ dalam badan. Tak mustahil juga boleh mengancam nyawa kan. 

Memang patut la kedai-kedai makan cenggini kena tindakan, diorang dah membahayakan nyawa orang!  -  Utaranews.com.

No comments: