Wednesday 21 October 2015

VAN JENAZAH TERBAKAR TIBA-TIBA... TIADA JENAZAH TERLIBAT ....

1 KOMECITER DOT COM

Ini bukanlah petikan dari drama Tanah Kubur yang disiarkan di stesen televisyen Astro tetapi kejadian yang betul-betul berlaku apabila sebuah kenderaan membawa jenazah secara tiba-tiba terbakar di Batu16, Batu Kurau di Taiping, semalam.


Kejadian berlaku pada pukul 2.45 petang apabila pemandu van berkenaan hanya dikenali sebagai Zainuddin, dalam perjalanan pulang mengambil van berkenaan yang baru dibaiki di Kampung Air Hitam untuk disimpan di Masjid Batu Kurau.

Dia berkata, secara tiba-tiba terbau bau hangit dan kemudian asap tebal keluar dari bahagian enjin hadapan memaksanya berhenti di tepi jalan.

“Sejurus menyedari bau hangit dan asap yang memenuhi ruang pemanduan, saya segera menghentikan van di pinggir jalan dan keluar menyelamatkan diri.

“Kejadian itu berlaku dengan pantas dan sejurus saya keluar api mula membakar bahagian enjin dan bahagian hadapan kenderaan.

Dalam keadaan kelam-kabut, hanya pengusung keranda sahaja yang berjaya saya selamatkan,” katanya dipetik akhbar Utusan Malaysia.

9

Zainuddin berkata kejadian itu berlaku disebabkan masalah pendawaian elektrik van berkenaan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting, Mohd Taufi1 Abd Sattar berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.55 petang dan bergegas ke lokasi dengan enam anggota bersama sebuah jentera bomba.

No comments: