Wednesday, 30 September 2015

ROTI BERFUNGUS HIDANGAN TERBARU DI OLD TOWN WHITE COFFEE SUNGAI PETANI !!!


Sebuah café Old Town White Coffee di Lagenda Heights, Sungai Petani hidangkan roti yang ada fungus kat pelanggan. Memang jelas gila ada fungus tu kat roti tapi dihidang juga noh. Nak ‘jimat’ roti ke?? Nak racun pelanggan?? Tak jaga kualiti langsung la.

Seorang pelanggan yang share gambar ni dilaman sosial untuk buka mata orang ramai supaya lebih hati-hati makan diluar. Diorang buat cenggitu, diorang la rugi. Tak pandai nak jaga kepercayaan pelanggan.

Pelanggan ni kalau diorang suka sesuatu tempat tu terutamanya tempat makan yang sedap, diorang akan kerap mai. Ni kalau cenggini la keadaannya, confirm-confirm la pelanggan pun malas nak mai dah. Nak pandang pun tak hingin la.

Kalau la orang yang makan tu sakit teruk lepas makan roti tu, lepas tu buat laporan polis dan kesihatan. Tak lama lagi bungkus la café tu. So, berniaga tu biar la ikhlas nak jamu orang makan, jangan kaut untung aje tau!

- Utaranews.com.

Post a Comment