Wednesday, 16 September 2015

PENGAWAL KESELAMATAN AMBANK YAP KWAN SENG HALAU KURIER POS LAJU MACAM ANJING !!! DEMIT !!!

Dalam 5 Tahun Kerja, Ini Kali Pertama Aku Kena Halau, Luahan Hati Staff Poslaju

Seorang staff Poslaju bernama Tom Yana telah meluahkan rasa kecewanya di laman Facebook di mana dia melahirkan rasa kecewa dengan Amb**k Yap Kwan Seng selepas telah dihalau oleh pihak pengawal keselamatan.

Menurutnya semasa hendak menghantar barang-barang kakitangan bank berkenaan, pekerja bahagian bilik surat bank berkenaan dikatakan tidak mahu mengambil barang-barang peribadi milik kakitangan mereka kerana ia arahan dari pihak atasan.
Jadi beliau berkata ambil kisah sangat dan terpaksa menghantarnya satu persatu disetiap bagunan tinggi tersebut.
Semasa sedang menyusun barang dilobi bank berkenaan tiba-tiba datang seorang pengawal keselamatan menghalau saya untuk buat kerja diluar bagunan tersebut.
“Boss tak bagi buat dalam ini sebab semak. Nanti orang-orang luar, kakitangan Amb**k serta boss-boss di sini nampak tempat ini bersepah. Tak elok,” kata pengawal keselamatan tersebut kepada beliau.
“Kami Kurier staff Poslaju dihalau macam anjing. Kami buat kerja untuk siapa? Staff kau orang punya barang personal. Aku fikir, aku bekerja untuk logo tertera pada baju uniform ini saja.” katanya yang nyata kesal dengan tindakan pengawal keselamatan berkenaan.
Beliau dalam pada itu berkata “Staff Amb**k Yap Kwan Seng, please take note! Bos anda tidak mahu barang anda dihantar ke pejabat anda sejak minggu lepas… salam” tulisnya mengambarkan kata-kata yang digunakan semasa menghubungi setiap kakitangan bank tersebut untuk memaklumkan penghataran barang mereka.
Dia meluahkan terpaksa menghubungi mereka menggunakan telefon sendiri yang telah kehabisan bateri walaupun belum selesai menelefon semua mereka. Namun ceritanya nasib ada seorang hamba Allah, iaitu seorang Despatch memberi dia pinjam telefon sekejap untuk menghubungi baki kakitangan bank yang lain yang semuanya berjumlah 40 item perlu dihantar.
Bagaimanapun luahan beliau tidak tamat disitu saja apabila ia terus berlarutan dibahagian komen status berkenaan.
Menurut Tom, bukan sifatnya melakukan kerja macam sesetengah kakitangan Poslaju lain untuk menangguhkan perhantaran barang keseokan harinya.
“Kita bising-bising pagi-pagi, kita kasi habiskan. Bukan macam yang lain diam-diam bawa balik. Kalau saya tak ada hati perut, pergi ‘mam’ sama budak baru, tak habis hantar, pandai-pandai buat esok. Saya tak sampai hati,” katanya.
Beliau juga dalam komen dengan rakan-rakannya memberitahu bahawa ini bukan cara dia bekerja.
“Sorry aku cakap yang aku tak suka kerja macam itu, 5 tahun aku bekerja inilah kali pertama aku dihalau.”
” Staff bahagian bilik surat tidak bersalah, pekerja Ambank lain pun tidak bersalah, tapi aku rasa terkilan dengan pengawal keselamatan bank itu.” luahnya yang nyata kecewa diperlakukan sedemikian.
Sumber : SK

Post a Comment