Wednesday, 16 September 2015

ERIK PAULSEN SEBAR FITNAH EDIT GAMBAR HIMPUNAN BAJU MERAH


SEKEPING gambar sekumpulan peserta ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ atau Baju Merah dikatakan telah disunting oleh seorang pemimpin pembangkang yang cuba mencetuskan isu perkauman.

Gambar terbabit dipercayai dimuat naik menerusi laman sosial milik Eric Paulsen sebelum ia menjadi viral dan kemudian mendapat perhatian luas ramai netizen di media sosial tempatan.
Jelas tindakan itu seolah-olah sengaja dibuat semata-mata untuk memburukkan lagi keadaan serta sengaja untuk mengapi-apikan keharmonian antara kaum yang ada di dalam negara ini.
Menukar slogan yang ada pada kain rentang yang dibawa oleh peserta Baju Merah itu, tindakan dia ternyata patut dikecam dan dikenakan tindakan sewajarnya kerana cuba mencetuskan kontroversi dalam negara.
“Cina Babi Pendatang Elok Mati,” itulah slogan yang telah ditukar oleh pemimpin berkenaan tanpa menghiraukan sensitiviti kaum tersebut.
Untuk rekod, Eric sebelum ini pernah bikin sensasi dengan pelbagai isu sensitif menyentuh umat Islam di Malaysia termasuk mempertikaikan khutbah Jumaat.
WM1
Fitnah.. beza gambar asal (bawah) peserta baju merah dengan gambar yang telah disunting (atas) jadi viral.
Isu perkauman jelas satu perkara sensitif serta seboleh-bolehnya ia perlu dijaga baik dan kita sepatutnya saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Justeru semua masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah melatah serta jangan mudah percaya dengan sumber-sumber yang berunsur fitnah di laman sosial.
Peserta ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ dikatakan sudah bergerak dari pelbagai tempat di sekitar ibu kota ke Padang Merbok, yang juga lokasi kemuncak acara berkenaan yang turut dikenali sebagai ‘Himpunan Baju Merah.’
– MYNEWSHUB.CC

Post a Comment