Saturday 5 September 2015

NGERI : PELUMBA BASIKAL PELAPIS NEGARA KRITIKAL DIGILIS VAN PENGIRING


KAJANG: Pelumba basikal pelapis kebangsaan, Nor Roziyanti Md Radhi dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terbabit kemalangan ketika sesi latihan, hari ini.


Dipercayai, kemalangan itu terjadi selepas pelumba kelahiran Selangor berusia 17 tahun itu dilanggar van pengiring pasukan.

Rozi ketika ini sedang menjalani di Unit Rawatan Rapi Hospital Kajang dan mengharapkan bantuan pernafasan.

Keluarga Roziyanti dipercayai sudah tiba di hospital.



p/s  :  Didoakan semoga beliau cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusannya di dunia dan di akhirat

No comments: