Tuesday 15 September 2015

KENAPA 'HIMPUNAN BAJU MERAH' ???


Semua orang tahu bahawa oleh kerana sikap kurang ajar dan biadapnya puak Beersih 4.0, maka timbul gerakan "Himpunan Baju Merah".

Jika Beersih 4.0 tidak meneruskan demonstrasi haram mereka, tiada "Himpunan Baju Merah".

Sekarang, portal pro-pembangkang bekerja keras untuk mengaitkan "Himpunan Baju Merah" dengan UMNO padahal mereka yang akan datang di himpunan nanti adalah di atas kapasiti hak peribadi.

Kita tahu dengan propaganda licik media pro-paganda ini. Apa sahaja akan disalahkan UMNO. Padahal kita tahu pihak dibelakang demo haram Beersih 4.0 ialah DAP dan kita dapat mengagak bahawa mereka yang memijak gambar DS Najib Razak dan Abdul Hadi Awang adalah penyokong DAP.

Lebih daripada 90% yang hadir di demo haram Beersih adalah daripada kaum ini. Peratusan itu juga yang menyokong Pakatan Pembangkang di PRU-13.

Sejarah telah membuktikan perarakan jalanan pro-DAP telah menyebabkan berlakunya peristiwa rasis berdarah 13 Mei 1969. Dan sekarang, demo haram rasis Beersih 4.0 juga dikhuatiri akan menyumbang kepada suasana rasisme melampau di dalam negara ini dek parti DAP juga.

Maka wujudlah tindakbalas terhadap demo rasis Beersih 4.0. Mereka yang memulakannya maka sekarang, demo Baju Merah ini adalah responsnya.

ianya juga adalah signal keras kepada mana-mana puak terutamanya Beersih supaya tidak mengulangi lagi demonstrasi rasis Beersih 4.0.

No comments: