Monday, 7 September 2015

ASTRO AWANI FITNAH NURUL HIDAYAH IBU TUNGGAL !!!


Berikutan penyebaran sebuah artikel yang bertajuk "13 perkara tentang Datuk Nurulhidayah Zahid" yang disiarkan didalam portal Astro Awani, anak Timbalan Perdana Menteri tersebut mempertimbangkang untuk menyaman portal terbabit serta blogger yang menyebarkan artikel berkenaan.




Perkara 11 didalam artikel tersebut jelas bercanggah dengan fakta yang sebenar iaitu menyatakan Datuk Nurulhidayah sebagai Ibu Tunggal. Sebenarnya beliau masih merupakan seorang isteri dan tidak pernah bercerai.

Portal berita tersebut berniat jahat apabila menerbitkan artikel sedemikian tanpa menyertakan fakta yang betul. Mungkin Awani bertujuan untuk menjatuhkan imej anak Timbalan Perdana Menteri selepas beliau lantang mengkritik penganjuran demonstrasi Bersih4 baru-baru ini.

Hasil tinjauan pihak kami, Astro Awani telah mengubah kandungan artikel mereka dengan memadamkan tulisan "ibu tunggal" tersebut. Bagaimanapun ramai blogger-blogger yang "copy&paste" artikel dari Astro Awani masih mengekalkan kandungan asal.

Pihak tersebut juga tidak melakukan sebarang permohonan maaf hasil dari perbuatan fitnah mereka dan menganggap "edit" mampu menyelesaikan segala masalah. 

Amat berpatutan apabila Datuk Nurulhidayah mengambil tindakan saman terhadap pihak yang menyebarkan fitnah jahat sebegini. Ianya perlu dilakukan sebagai pengajaran kepada mereka agar beretika didalam menyiarkan sesuatu berita.

Tambahan pula Astro Awani adalah nama besar dan bukannya bertaraf blogger atau penulisan biasa. Fakta yang bercanggah akhirnya diviralkan oleh ramai pengguna media sosial sehinggakan membawa ketidak selesaan kepada individu terbabit. - Utaranews.com

Post a Comment