Monday, 24 August 2015

WANITA INDIA PEMANDU PERODUA KANCIL LANGGAR WARGA EMAS SEDANG ISI MINYAK


KLUANG: Seorang warga emas berusia 70 tahun mengalami kecederaan serius selepas dilanggar sebuah kereta semasa sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Jalan Besar, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata insiden berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari Ahad.

Mangsa, Mohamad Nasir Manas, dilanggar sebuah kereta yang dipandu wanita berusia 42 tahun.

Ianya bermula apabila sebuah kereta kancil dipercayai dipandu oleh seorang perempuan India yang selesai mengisi minyak di hadapannya dengan tiba-tiba meluru ke arah lelaki itu yang sedang mengisi minyak. 

Kejadian yang berlaku secara tiba-tiba itu membuatkan mangsa tidak sempat mengelak menyebabkan beliau dilanggar sebelum digilis kancil tersebut.

LIHAT VIDEO BERIKUT SEBAGAIMANA YANG DIRAKAM OLEH CCTV DI STESEN MINYAK BERKENAAN :


"Siasatan awal polis mendapati insiden berlaku apabila pemandu gagal mengawal kereta Perodua Kancil yang dipandunya selepas seliparnya tersekat pada pedal pemecut kereta tersebut.

"Mohamad Nasir patah di bahagian pinggul dan mengalami beberapa kecederaan lain. Dia dihantar ke Hospital Kluang untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi.

Insiden tersebut dirakamkan dalam kamera kitar tertutup stesen minyak berkenaan dan menjadi viral di laman media sosial. 

Pemandu tersebut gagal dihubungi.

Post a Comment