Wednesday, 5 August 2015

ROKOK ELEKTRONIK HARAM WEYYYY ....!!!!


Rokok Elektronik atau lebih dikenali vapor kini menjadi trend anak muda masa kini yang menjadi vapor sebagai pengganti rokok mahupun shisha kerana vapor mengeluarkan lebih asap dan mudah dimana kemana-mana.

Malah, vapor juga dilaporkan mempunyai pelbagai perisa yang membuatkan penggunanya semakin hari semakin ketagih menghisapnya. 

Apa yang mengejutkan orang ramai vapor juga telah mengeluarkan perisa berperisa 'nenen'. 'Nenen' siapakah yang menjadi mangsa untuk dijadikan perisa?? 'Nenen' nenek atau perawan??

Tren ini dikhabarkan menjadi tidak terkawal apabila budak sekolah dan kaum wanita khususnya yang beragama Islam mula terjebak dengan pengguna vapor yang mengotori imej mereka sebagai wanita muslimah.

Oleh itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari memaklumkan penggunaan vapor yang menjadi kegilaan orang ramai ini adalah haram disisi Agama.

Beliau menjelaskan penggunaan vapor ini haram disebabkan ianya mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan penggunanya, malah ada juga perisa yang dihasilkan memabukkan penggunanya.

Jelasnya, hukum menghisap vapor ini adalah sama seperti menghisap rokok iaitu haram kerana mendatangkan kemudaratan dan pembaziran.

"Kenyataan pakar menunjukkan rokok elektronik dan Vapor mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada merokok itu sendiri.

"Selain memudaratkan kesihatan, ia juga suatu pembaziran, meniru budaya bukan Islam dan dilihat tidak bermaruah," kata Zulkifli.

Zulkifli turut menasihati pengguna vapor dan perokok agar menjadi amalan menabung atau menderma sebagai pengganti untuk membeli barangan tersebut yang tidak memberi apa-apa faedah kepada penggunanya.

"Alangkah baikny duit yang kita gunakan untuk membeli  rokok atau vapor, kita masukkan ke tabung masjid, menyantuni anak-anak yatim, memberi makan kepada fakir miskin serta membantu keperluan mereka," katanya.

Untuk makluman umum, dikhabarkan harga bagi seunit vapor yang paling minimum ialah RM250 seunit. Mahal bukan?? 

Oleh itu, diharap ibubapa dapat mengawal perbelanjaan anak-anak mereka daripada membazirkan wang saku yang diberi hanya semata-mata membeli vapor yang bernilai ratusan ringgit.-Utaranews.com-

Post a Comment