Friday, 5 June 2015

KALAULAH SEMUA CIKGU DI MALAYSIA MACAM NI....


Time belajar... belajar la ye. Time cuti jangan diganggu dengan pelajaran.  Time cuti adalah untuk berehat. Di samping menenangkan fikiran time cuti juga masa untuk bersama keluarga sepenuhnya.  Itulah maksud sebenar status facebook milik cikgu Mohamed Sharifuddin Sulaiman.


Jarang ada cikgu yang macam tu kan.  Bukan setakat kerja sekolah, malah tidak kurang juga cikgu yang mengadakan kelas tambahan kepada muridnya ketika cuti sekolah.  Jika waktu persekolahan biasa bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 1.30 petang, sebaliknya time cuti sekolah kelas tambahan bermula 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.... jadi apa bezanya cuti sekolah dan waktu persekolahan ???

Nikmat sungguh bercuti jika semua cikgu seperti cikgu Sharifuddin... keep it up, cikgu......

Post a Comment