Sunday 7 June 2015

KALAHKAN JUVENTUS 3- 1, BARCELONA MUNCUL JUARA LIGA JUARA-JUARA EROPAH 2015

barca

BERLIN: Barcelona muncul raja Eropah apabila meraih trofi kelimanya bagi Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan juara Itali, Juventus 3-1 pada aksi final di Olympic Stadium, awal pagi ini.


Ia juga trofi kejuaraan ketiga Barca musim ini selepas mendakap juara La Liga dan Piala Raja Sepanyol sekali gus musim ini.

Gol Barcelona dijaringkan menerusi Ivan Rakitic seawal minit ke-4, manakala Luis Suarez meledak pada minit ke-68 diikuti penyerang Brazil, Neymar pada minit terakhir permainan.

Bekas penyerang Real Madrid Alvaro Morata gol penyamaan 1-1 beberapa minit separuh masa kedua bermula, namun tidak dapat menyekat dominasi Barca yang memburu dua lagi gol selepas itu.

Ia adalah pencapaian cemerlang jurulatih Barcelona, Luis Enrique, yang juga bekas pemain antarabangsa Sepanyol sejak berkhidmat di Nou Camp.

“Ia mengagumkan, satu impian dan sesuatu yang unik, kata Suarez. – Reuters

No comments: