Monday, 8 June 2015

(FOTO) : KEMALANGAN 7 KENDERAAN DI PLUS TAIPING - CHANGKAT JERING

kemalangan bas 3
8 JUN: Kemalangan membabitkan tujuh kenderaan termasuk dua bas di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan meragut dua nyawa manakala seorang remaja perempuan cedera.
Kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu berlaku di kilometer 216.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang.

kemalangan bas 2
Selain dua bas, lima kenderaan lain ialah sebuah Toyota Vios, Toyota Land Cruiser, Toyota Hilux, Perodua Myvi dan sebuah Honda Civic.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Hasna Rashid, berkata mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Chiang Yut Meng, 47 dan Ooi Yi Juen, 19, yang menaiki kenderaan jenis Toyota Vios.
kemalangan bas 4
“Kami menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 8.25 malam dan operasi tamat kira-kira jam 10.58 malam. 
Bagaimanapun, tiada penumpang bas yang cedera dalam kemalangan berkenaan,” katanya.
kemalangan bas 5
Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala remaja perempuan berusia 13 tahun yang juga penumpang kenderaan terbabit cedera dan dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.
kemalangan terkini
Difahamkan kenderaan yang dinaiki mereka terperosok di bawah bas.
KREDIT GAMBAR  :  melvister

Post a Comment