Thursday 4 June 2015

BUAYA BAHAM WANITA KETIKA SEDANG BASUH KAKI DI SUNGAI SUAI


KES serangan buaya yang berlaku di negeri Sarawak,sudah menjadi perkara yang tidak asing lagi didengari. Namun,kejadian diserang buaya bukan sesuatu yang sering berlaku.

Terbaharu, seorang wanita dipercayai menjadi mangsa sang bedal apabila tiba-tiba diserang seekor buaya ganas ketika sedang membasuh kakinya di sebatang sungai dekat Tanjung Baru Suai, Miri, semalam.
Sebelum kejadian, mangsa dikenali sebagai Grace Jamar dikatakan melawat rumah panjang Rumah Bada sempena Gawai Dayak.
Menurut penduduk tempatan, ada beberapa saksi yang menyaksikan kaki mangsa dibaham ketika wanita itu mendekati gigi air sekitar jam 7.45 petang.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, operasi pencarian sedang giat dijalankan melibatkanbeberapa agensi termasuk anggota polis, pertahanan awam dan penduduk kampung.
Difahamkan, lokasi kejadian iaitu Sungai Suai sememangnya dikenali sebagai lubuk buaya di Miri.
Pada tahun lalu, seorang nenek Manggin Nueng juga dilaporkan nyaris maut akibat dibaham binatang reptilia itu di lokasi yang sama.
Peristiwa Manggin yang berjaya menyelamatkan dirinya atas bantuan anak perempuannya juga pernah mendapat liputan media.  -  MYNEWSHUB.CC

No comments: