Thursday, 4 June 2015

HARAP MAKLUM - TIADA KAPAL TERBANG TERHEMPAS DI KELANTAN


Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan menerima panggilan yang mendakwa melihat sebuah pesawat dipercayai terhempas di Rantau Manis, Gua Musang. Jurucakapnya berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.36 malam dan sepasukan pegawai serta anggota sudah bergegas ke lokasi kejadian. Difahamkan, hingga jam 10.30 malam tadi, bomba belum menemui sebarang objek dan operasi sedang giat dilakukan. 

Katanya, pihak hospital juga dikatakan dalam perjalanan ke lokasi kejadian sebagai persediaan awal. Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim, berkata hingga kini tiada sebarang pesawat terhempas ditemui di Gua Musang seperti yang dihebohkan orang ramai di dalam media sosial. Mesej tersebar seperti berikut:
LAPORAN KAPAL TERBANG TERHEMPAS
PGO Kelantan terima panggilan daripada RC KL 15-0011380 ,caller mengatakan kapal terbang jatuh dialamat Block 7 Kampung Lata Manis Gua Musang pada jam 20:35 malam tarikh 03/06/2015 :-
Jentera terlibat - FRT Gua Musang -3 anggota
- RRV Gua Musang -3 Anggota
- Hilux Gua Musang - 2 Bersama Ketua Balai
- PBS - Bertam - 3 orang
Pada jam 22:02 ketua balai gua musang menghubungi PGO Kelantan ,Maklumat terkini mengatakan telah sampai dilokasi yang dilaporkan kapal terbang jatuh tetapi tidak menjumpai kapal terbang yang jatuh tersebut buat masa ini, Ketua Balai Gua Musang masih mencari lagi bersama orang-orang kampung tersebut.
Walaubagaimanapun, sehingga ke saat ini lokasi kapal tersebut masih tidak dijumpai oleh anggota yang dikerah. Menurut satu lagi mesej tersebar mengatakan menara kawalan telah melaporkan tiada signal menunjukkan sebarang pesawat terputus hubungan ataupun hilang dari radar.
As Salam Ydh Tan Sri, melalui 999 telah menerima panggilan drp Pengadu:

Maklumat
Mengikut pengadu pada jam 8.30 mlm nampak kapal terbang terbang rendah dgn lampu merah biru menyala..mengikut pengiraan pengadu kapal terbng tersebut telah terhempas di limau kasturi/jeram tekoh ( belakang Ecer Rantau Manis ).

Tindakan :
1) Utk makluman Ydh Tan Sri, pihak kita telah menghubungi tower air trafik control Kota Bharu menyemak mengenai perkara ini dan di dapati semua kapalterbang selamat mendarat.
2) Berhubung dgn pihak TUDM yg berpengkalan di Kuantan pun tiada pesawatnya yg hilang.
3)Mengarahkan MPV dan anggota balai yg berdekatan Balai polis paloh utk pergi membuat search..masih negatif atau tidak ada apa2 insiden setakat ini berlaku.Penduduk kpg juga memaklumkan tiada dengar bunyi letupan.
4) Pihak kita sedang memanggil pengadu yg berkaitan utk mengambil statement utk mengetahui lebih lanjut mengenai maklumat yg diberi oleh beliau utk tindakan lanjut.
Utk makluman Ydh Tan Sri..Salam hormat..tq
Info dr bomba kb. 

UPDATE TERKINI:  Khamis 4.6.2015 @ 12.40 pagi: Tiada Tanda Pesawat Terhempas

Tiada pesawat terhempas di Kelantan - Polis Kelantan


Polis Kelantan dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim pada jam 11.45 malam tadi mengesahkan tiada sebarang penemuan bangkai kapal terbang terhempas di RKT Jeram Tekoh, Gua Musang sebagaimana yang diviralkan dalam laman sosial.

Sumber  :  Blog TAOTAUAJER

Post a Comment