Thursday 14 May 2015

BANGUNAN ASRAMA TAHFIZ KHAIRUL KALAM TERBAKAR

SHAH ALAM – Sebuah bangunan yang menempatkan asrama bagi 26 orang pelajar Tahfiz Khairul Kalam di Jalan Kebun di sini terbakar pagi tadi.

Seorang guru Abul A’la Iskandar berkata kejadian pukul 7.38 pagi itu menyebabkan peralatan seperti tilam dan katil di tingkat dua bangunan mengalami kerosakan.
“Ketika itu para pelajar yang berusia antara sembilan hingga 16 tahun sedang mengaji di tingkat bawah bangunan.
“Kebetulan ada ibu bapa yang menghantar anaknya ke madrasah ini ternampak asap dan mengesyaki berlaku kebakaran di tingkat dua bangunan dan memklumkan perkara itu,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), para pelajar akan ditempatkan sementara di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam.
Katanya JKM turut memberi bantuan berbentuk barangan keperluan termasuk bantal dan tilam.
Sementara itu Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata kebakaran turut membabitkan bahagian siling asrama.
Punca kebakaran sedang disiasat, katanya. – BERNAMA

No comments: