Thursday, 16 April 2015

ZIZAN DEDAH BAKAL ISTERI ???


Semenjak membuat pengakuan yang beliau bakal berkahwin tidak lama lagi dengan gadis pilihan ibunya, Zizan Razak diasak dengan soalan siapakah identiti gadis tersebut dan sekeping gambar terbaru di akaun Instagram beliau mendapat perhatian peminat. 


Dalam gambar tersebut Zizan Razak khabarnya sedang minum petang bersama ibu juga pengurusnya, Ashraf Rahman di kampung halaman Terengganu bersempena dengan ulangtahun kelahiran pelawak itu yang ke-31........ 

Dan, ada seorang gadis dalam gambar tersebut. Ramai yang meninggalkan komen pada gambar itu bertanyakan adakah gadis tersebut merupakan bakal isteri Zizan Razak yang masih misteri kini. 

“Bukan, itu kekasih abang saya,” jelas Zizan ringkas menerusi aplikasi Whatsapp kepada wartawan Berita Harian. Nampaknya kita masih perlu terus menunggu, heh. ROTIKAYA - 

Post a Comment