Thursday 16 April 2015

CELUPARNYA MULUT 'USTAZAH' CIK LEEYA !!! TAK TAU MAK DIA BAGI MAKAN APA DULU !!!


BUKIT MERTAJAM : “Boleh kata apa sahaja kepada saya, malah dengan gelaran paling buruk juga tidak menjadi masalah, tetapi jangan sesekali mengutuk ibu saya,” kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang meluahkan rasa kesal dan sedih selepas pihak tidak bertanggungjawab menggelarkan ibunya dengan panggilan khinzir.




Beliau sedar pelbagai tohmahan dan gelaran tidak baik diberikan kepadanya serta tersebar melalui media sosial oleh pihak tertentu yang marah dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang didakwa membebankan.
Katanya, tidak kurang ada pihak memutar belit kenyataannya hingga isu berkenaan tersebar melalui media sosial menjadi bahan jenaka masyarakat di negara ini.

“Jangan kaitkan ibu saya dengan GST kerana beliau langsung tidak ada kena-mengena dengan perkara ini dan untuk pengetahuan, ibu saya penoreh getah yang buta huruf, namun tahu membaca al-Quran.

“Walaupun hanya menoreh getah, ibu dan arwah ayah saya menjalankan tugas mendidik saya dan adik-beradik lain dengan baik hingga kami semua berjaya seperti sekarang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Taklimat GST dan Isu Semasa Bersama Guru dan Pegawai/ Kakitangan Sokongan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pauh Jaya, di sini, semalam.

Ahmad berkata, beliau kesal apabila kenyataannya dalam ceramah mengenai GST di hadapan lebih 2,000 pelajar Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, baru-baru ini diputar belit.

Menjelaskan perkara itu, beliau berkata, apa diucapkannya memasak sendiri lebih jimat kerana barangan mentah dijual di pasaran tempatan tidak dikenakan cukai GST.

“Apa saya maksudkan memasak sendiri lebih jimat, namun kenyataan itu diputar belit hinggakan ada mengatakan saya mencadangkan pelajar memasak di asrama untuk berjimat.

“Sebagai individu pernah tinggal di asrama, saya tahu peraturan tidak dibenarkan memasak di asrama, namun bagi pelajar tinggal di luar kampus tidak menjadi masalah bagi mereka mengamalkan rutin itu,” katanya.

Beliau berharap selepas ini setiap laporan bakal diterbitkan disemak kesahihannya termasuk penyebaran gambar melalui laman sosial kononnya dia memakai jam berjenama Rolex.

“Sebenarnya itu jam jenama Swatch, saya tidak pernah ada jam Rolex seperti didakwa dan jam dipakai sekarang hasil pemberian ahli keluarga sempena sambutan ulang tahun kelahiran.

“Diharapkan selepas ini pelapor berkenaan bersikap lebih adil dan tidak mengulas sesuatu isu atau perkara yang saya ucapkan secara tidak tepat,” katanya.  - 
hmetro

No comments: