Wednesday, 22 April 2015

LELAKI WARGA ASING MATI TERGANTUNG DI BATU PAHAT

Seorang lelaki warga asing ditemui tergantung pada dahan sebatang pokok dengan tali terjerut pada leher di taman permainan Siswa Jaya, Parit Raja, Batu Pahat awal pagi tadi.

11025625_668125283316557_8987819191472136947_n (1)
Kejadian itu disedari oleh penduduk setempat yang terkejut melihat kaki berjuntai pada dahan pokok itu kira-kira pukul 8. 39 pagi tadi.
1514529_668125113316574_569719978742580734_n (1)
Usaha menurunkan mayat itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Air Hitam.
11150488_668125349983217_6094619171625048198_n (1)
Menurut Facebook Korporat Ibupejabat Bomba Putrajaya, mangsa adalah warga Nepal yang berusia dalam lingkungan 30an.
Pihak polis masih menyiasat kes ini namun tidak menolak andaian sama ada ia adalah kes bunuh diri. –  MYNEWSHUB.CC

Post a Comment