Wednesday, 22 April 2015

BN HADAPI LAWAN TUNGGAL DI #PRKROMPIN


ROMPIN – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin (P91) kini sah pertandingan dua penjuru antara calon PAS dan calon Barisan Nasional (BN).


Pengumuman dibuat sebentar tadi di Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Perak Rompin, Pahang.
Mantan Timbalan Menteri Besar Pahang, Dato’ Hj Hassan Arifin, 62, merupakan calon untuk Barisan Nasional.

Manakala Ketua Pemuda PAS Pahang, Nazri Ahmad, 40, adalah calon untuk PAS menentang Dato’ Hj Hassan Arifin dalam PRK Parlimen Rompin.

Seorang calon Bebas kelihatan bersendirian dan tidak berjaya menyertakan borang penamaan.
Pengundian awal bagi PRK Rompin akan diadakan pada 30hb April 2015 dan hari pembuangan undi akan berjalan pada 5hb Mei 2015.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4hb April yang lalu.

Post a Comment