Tuesday 14 April 2015

GOOGLE MALAYSIA KENA HACKED DENGAN BANGLA

Web Google Malaysia diserang

KUALA LUMPUR : Laman Web Google Malaysia mengalami gangguan selama beberapa jam, hari ini selepas paparan berwarna hitam tertera perkataan ‘Google Malaysia HackeD’ dilihat pengguna yang cuba layari www.google.com.my.


Insiden itu dikesan bermula pagi tadi dan pulih kembali kira-kira 1.30 petang.

Ia dipercayai dilakukan oleh pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai TiGER-M@TE.

Pihak yang dipercayai mendalangi penggodaman itu turut meletakkan satu hashtag #Bangladeshi HackeR.

Namun, jurucakap Google Malaysia, Zeffri Yusof ketika dihubungi menyatakan, laman web itu sebenarnya tidak digodam sebaliknya pihak tidak bertanggungjawab melakukan serangan ke atas sistem nama domain (DNS).

Sumber: Harian Metro

No comments: