Monday, 13 April 2015

AHMAD MASLAN CUMA PAKAI JAM SWATCH RM230 AJE...


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menafikan beliau memakai jam berjenama Rolex kerana tidak mampu memiliki barang mewah itu.

“Saya tidak pernah ada jam Rolex. Saya tidak pernah pakai. Saya tidak ada duit untuk beli Rolex,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan aktivis antijenayah R Sri Sanjeevan bahawa Ahmad dikesan memakai jam Rolex Submariner yang dianggarkan bernilai antara RM30,000 hingga RM40,000 seutas.

Dakwaan Sanjeevan itu dibuat dalam beberapa sisi gambar disiarkan di Facebook sejak Sabtu.

Ia memaparkan ahli politik bersama jam dipakainya, bersama model dan harga dianggarkan.

Ia dikatakan bernilai daripada beberapa ratus kepada ratusan ribu ringgit. Antara ahli potitik dipaparkan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Ahmad hari ini menjelaskan beliau biasanya hanya memakai jam berjenama Orient dan Swatch yang masing-masing bernilai RM800 dan RM230.

Ditanya sama ada beliau mahu menyaman Sanjeevan, beliau berkata akan meneliti perkara itu terlebih dahulu.

Beliau berkata gambar memaparkan beliau memakai jam mahal Rolex mungkin disunting.

Post a Comment