Saturday, 11 April 2015

GEMPAR ! PINTU KE NERAKA DITEMUI DI CHINA !

2

China – Penduduk di Urumqi dikejutkan dengan lubang misteri selebar tiga kaki yang mengeluarkan api. Lubang berkenaan amat panas dengan suhu yang diukur pada jarak dua meter adalah 792C.

Keadaan ini menyebabkan penduduk di China menggelarnya sebagai sebagai `pintu ke neraka’.
2
Memetik laporan dari portal Mynewshub, lubang misteri berkenaan dikesan sejak dua minggu lalu dan bahang api yang terlalu panas menyebabkan saintis sukar mendekatinya untuk mendapatkan ukuran kedalamannya.
Menurut penduduk setempat, mereka mengesan tanah di kawasan itu menjadi panas apabila dipijak sejak lama dahulu.
Kawasan bukit itu bukan lokasi gunung berapi. Bagaimanapun pakar dari Biro Geologi berpendapat lubang itu terbentuk akibat lapisan arang batu yang dibakar secara spontan di bawah tanah hingga menyebabkan permukaan tanah runtuh.
“Fenomena ini sudah wujud sejak beberapa dekad lalu,’’ kata seorang jurutera dari biro berkenaan, Huang Wei.

Post a Comment