Friday 10 April 2015

GEMPAR ! AIDANA BAIZIEVA MASIH HIDUP.... SO, SIAPA WANITA DI DALAM HELIKOPTER YANG TERHEMPAS ITU ???

Misteri nahas helikopter korbankan Ahli Parlimen: Aidana Baizieva masih hidup?
Misteri nahas helikopter korbankan Ahli Parlimen: Aidana Baizieva masih hidup?

SEBELUM ini, apabila artikel ini dipaparkan, maka teka-teki dan identiti wanita yang berada di dalam helikopter yang terhempas di Semenyih dan mengorbankan 6 individu termasuk VVIP, Tan Sri Jamaluddin Jarjis (Ahli Parlimen Rompin) dan Dato Seri Azlin Alias (KSUS Perdana Menteri), telahpun terbongkar.... tetapi......

Seorang wanita mendakwa gambarnya telah digunakan sebagai individu yang berada di sebelah juruterbang helikopter, Clifford Fornier.
Aidana Karabasova juga menyangkal kenyataan seperti yang dilaporkan sebelum ini, bahawa dia bukan berasal daripada Kyrgystan sebaliknya Kazakhstan.
Artikel itu ditulis Shahbudin Husin dalam entri terbaru blognya Shahbudin dotcom. Bekas Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju itu memaklumkan dia menerima email daripada Aidana Karabasova pada pagi Khamis.
“Subuh tadi saya menerima email daripada seseorang yang mendakwa dirinya Aidana Karabasova, yang mana gambarnya disebar-luaskan sebelum ini sebagai Aidana Baizeiva iaitu salah seorang mangsa yang turut terbunuh dalam nahas helikopter di Semenyih, baru-baru ini.
Berdasarkan maklumat yang diterima, Shahbudin yakin ia menyokong telahannya sebelum ini bahawa gambar yang tersebar selepas nahas yang turut mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias bersama empat yang lain adalah tidak benar.
“Sekali lagi, jika email ini tulen, maka sahlah gambar yang tersiar di banyak media baru dan media sosial selama ini adalah Aidana Karabasova dan bukannya gambar sebenarAidana Baizieva,” katanya.
Shahbudin sebelum ini pernah menyuarakan kesangsiannya berhubung gambar yang tersebar luas kononnya milik Aidana Baizieva. Hujah itu dibuat atas alasan imej berkenaan diperolehi daripada laman web gaukhara.com.
Berdasarkan pengakuan yang diterima daripada Aidana Karabasova, dia cuba mengaitkan fakta itu dengan Daniyar Kessikbayev, menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

No comments: