Tuesday 7 April 2015

MISTERI IDENTITI AIDANA BAIZIEVA TERBONGKAR !!!


IDENTITI wanita misteri yang turut menjadi mangsa korban nahas helikopter di Semenyih, Sabtu lalu akhirnya dikenal pasti sebagai kenalan juruterbang helikopter itu, Kapten Clifford William Fournier.

Hal ini disahkan sendiri oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat yang mana berkata, pihaknya berpuas hati mengenai identiti Aidana Baizieva walaupun hasil ujian DNA ke atas mayatnya masih belum dikenal pasti secara konklusif.
IMG-20150407-WA0013 (1)
Gambar Aidana, (dua dari kiri) yang dikongsikan rakannya, Emitsa di laman Instagram. Turut kelihatan dalam foto ini adalah juruterbang helikopter, Clifford William Fournier.
“Pihak polis berjaya mendapatkan maklumat tempat tinggal mangsa warga Kyrgyzstan berusia 25 tahun itu di sebuah apartmen di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
“Mangsa pernah belajar di negara ini antara 2010 hingga 2014 dan menamatkan pengajian diploma dalam bidang pelancongan di Kolej Segi,” katanya memetik Harian Metro.
Dalam pemeriksaan pihak polis di rumah Aidana juga menemui bukti tiket penerbangan wanita tersebut yang pergi ke acara LIMA Langkawi baru-baru ini dengan juruterbang helikopter terbabit.
Menurutnya lagi, pihak berkuasa juga mempunyai keterangan bahawa juruterbang itu beberapa kali membawa kenalannya itu menaiki helikopter termasuk pada hari kejadian.
Sehubungan itu, Abu Samah meminta orang ramai tidak lagi membuat sebarang spekulasi berhubung identiti wanita tersebut yang sebelum ini dikatakan pembantu juruterbang/co-pilot bagi penerbangan dari Kuantan ke Subang itu.
Nahas helikopter yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih itu turut mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, ahli perniagaan Dato’ Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Dr Jamaluddin, Razakan Seran. – MYNEWSHUB.CC

No comments: