Tuesday 7 April 2015

CERITA SEBENAR GENG NAGA 369 KELAR LEHER 'BUDAK PEKIDA' HINGGA MAUT !!!


ENTAH dari mana sumber yang diperolehi, admins telah menerima mesej berserta gambar-gambar melalui aplikasi Telegram, kononnya berlaku di Ipoh : Seorang lelaki Melayu maut dikelar kejam  di leher oleh suspek disyaki geng naga 369 dalam kejadian petang tadi berdekatan Silibin. Kejadian berlaku pada jam 6 petang menyebabkan mangsa dikenali sebagai Hasan pekida, 30, maut di tempat kejadian.


Suspek dipercayai melarikan diri ke arah utara dengan menaiki kereta MyVi silver plat no AJC 8926 . Orang ramai yang melihat suspek diminta dengan segera menghubungi pihak polis. Suspek bersenjata dipercayai senjata sama digunakan mengelar leher mangsa.


Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berbangsa Cina berusia 31 tahun disyaki kawan subahat suspek  dalam kejadian itu. Sekatan jalan telah di koordinat sekitar Ipoh dan Taiping di mana suspek dipercayai bersembunyi. Hasan dipercayai mangsa ke 3 suspek yang kini dikhuatiri akan melakukan pembunuhan lagi. Baca lagi di sini

Bagaimanapun.... Pihak polis hari ini menafikan berlakunya kejadian kelar di antara Geng Naga dengan seorang lelaki Melayu yang tersebar di Whatsapp sebelum ini.

Melalui laman sosial Facebook Polis Perak, pihak polis meminta orang ramai untuk tidak mempercayai dan menyebarkan maklumat palsu berkenaan. - SinarHarian

Cerita sebenarnya  berserta Info lengkap adalah seperti berikut :

Kuala Lumpur: Seorang lelaki dipercayai warga Indonesia ditemui mati dengan kesan tetakan di leher di Perkuburan Cina berhampiran Kem Sungai Besi di sini, pagi tadi.

Mangsa berusia lingkungan 25 tahun itu ditemui pada 8 pagi dalam keadaan terlentang oleh penjaga kubur berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dipercayai dibunuh menggunakan senjata tajam.

"Mayat mangsa kemudiannya dihantarvke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk dibedah siasat," katanya.

Menurutnya, setakat ini, polis masih belum dapat mengenalpasti suspek yang terlibat, bagaimanapun, akan terus melakukan siasatan.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Berita palsu tu seolah2 berunsur perkauman. Admins mohon maaf....

No comments: