Monday 16 March 2015

UCAPAN BERBAUR HASUTAN, NURUL IZZAH DITAHAN REMAN


KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Nurul Izzah Anwar telah ditahan reman berhubung ucapan ‘Ketua Pembangkang’ yang dibuat pada Selasa lalu.

“Dia telah ditahan dan akan dibawa ke Balai Polis Jalan Travers,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Nurul Izzah hari ini hadir bersama aktivis, Safwan Anang ke IPD tersebut untuk memberi keterangan berkenaan penglibatannya dalam himpunan #KitaLawan baru-baru in.

Sebelum itu, beliau memaklumkan, telah diberikan notis oleh pihak polis berkaitan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan juga Akta Hasutan 1948.

“Yang mengejutkan adalah kehadiran ASP Muniandy berserta dua kereta pihak polis pada Jumaat lepas di kediamaan ayahanda di Bukit Segambut.

“Siasatan untuk kes hasutan juga untuk hari hari ini,” katanya.

Nurul Izzah dalam sesi bahas di Parlimen yang yang memetik ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dikatakan mempertikai sistem kehakiman negara.

Setakat ini, enam orang telah ditahan berhubung kes berkenaan iaitu aktivis Adam Adli, Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pemuda PKR Kelana Jaya Saifullah Zulkifli, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Bendahari Pemuda PAS Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.

No comments: