Monday, 16 March 2015

KPN PENCACAI UMNO - LIM KIT SIANG



Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa Ketua Polis Negara(KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar telah berjaya membuktikan kesetiaanya terhadap Barisan Nasional (BN) dan UMNO ekoran tindakan polis menahan beberapa pemimpin pembangkang yang terlibat di dalam perhimpunan #KitaLawan baru-baru ini.

Kenyataan tersebut dilakukan Kit Siang ketika mengulas tindakan pihak polis menangkap Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong selepas didapati bersalah kerana terbabit dalam perhimpunan yang diadakan pada 7 Mac lalu.

Kit Siang berkata, Khalid boleh dikategorikan sebagai 'alat' kepada pemimpin BN dan UMNO, beliau telah bertindak 'rakus' sehingga sanggup mengisytiharkan 'perang' terhadap pemimpin pembangkang selepas mendapat 'arahan' daripada pihak berkenaan.

Beliau berkata, perkara tersebut dapat dilihat dengan jelas kerana Khalid seolah-olah 'kehilangan' kuasa apabila terpaksa berdepan dengan pemimpin BN dan UMNO walaupun pada dasarnya polis perlu bersikap adil kepada seluruh rakyat di negara ini.

"Malah, ketua polis perlu menjawab kenapa beliau mengisytiharkan perang atas pemimpin PR dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) yang komited terhadap proses pertukaran politik yang aman dan demokrasi ketika beliau sepatutnya mengisytiharkan perang atas Negara Islam (Isis) yang menggunakan tekanan mempengaruhi rakyat Malaysia supaya menyertai kekejaman yang mereka lakukan.

"Ketua polis silap dalam memberikan keutamaan – dengan menganggap rakyat yang patuh kepada undang-undang dan mahu menjalankan hak kebebasan berhimpun, berpersatuan dan bersuara di bawah perlembagaan dengan cara yang aman dan demokrasi satu ancaman yang lebih besar dari pengganas dan anggota Isis," katanya dalam satu kenyaatan.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut mempersoalkan krealibiliti Khalid menjalankan tugas sebagai KPN kerana beberapa laporan sebelum ini membabitkan kesalahan pemimpin kerajaan  seolah-olah tidak dipedulikan walaupun mempunyai bukti-bukti kukuh.

"Sekiranya Khalid ialah ketua polis hanya untuk Umno/BN dan beliau tidak fikir beliau perlu bertindak dengan adil dan saksama kepada semua, beliau perlu minta Umno/BN membayar gajinya dan tidak mengambil imbuhannya dari Parlimen," katanya lagi.

Memetik kepada laporan, polis telah bertindak menahan beberapa pemimpin pembangkang yang terlibat dalam himpunan #KitaLawan sebagai tanda bantahan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari lalu.

Antara pemimpin pembangkang yang telah  ditahan iaiah Bendahari Pemuda PAS Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Setiausaha Pengelola PKR Pusat Mohd Fariz Musa, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Pemuda PKR Kelana Jaya Saifullah Zulkifli. -UtaraNews.com

Post a Comment