Sunday, 22 March 2015

KENYATAAN KU NAN DIMANIPULASI MALAYSIAKINI SEHINGGA MENJADI FITNAH !!!


Malaysiakini dikatakan telah memfitnah Tengku Adnan Tengku Mansor

Ayat sebenar yang diucapkan Ku Nan ialah "Hudud harus diterima oleh setiap orang Islam, sebab Hudud datang dari Allah, BN ada meeting berkaitan dengan hudud, kita tunggu sehari dua ini, PM akan bagi statement".


Bagaimanapun ucapan tersebut telah dimanipulasi oleh MalaysiaKini

Malaysiakini tanya sebab apa dulu kita tolak hudud, Ku Nan jawab dulu hudud politik Pas.

Ayat ini telah dipesongkan dengan menyatakan Ku Nan menyatakan hudud politi Pas.

Berikut adalah artikel Malaysiakini:

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud mahu dibentangkan PAS di Parlimen sebagai “hudud politik”.

Ditanya pendirian BN  berhubung hasrat PAS itu, beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu tidak lama lagi.

Bercakap kepada media selepas sebuah acara di Putrajaya hari ini, Tengku Adnan, yang juga menteri Wilayah Persekutuan, menegaskan bahawa PAS harus mengikuti Perlembagaan Persekutuan.

Ditanya sama ada usaha PAS bertentangan dengan perlembagaan, beliau hanya menjawab “hudud PAS hudud politiklah”.

Menteri BN dan perdana menteri setakat ini masih belum menyentuh berhubung pendirian mereka dalam isu itu walaupun anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Kelantan menyatakan sokongan pada usaha PAS itu. - Malaysiakini

Post a Comment