Saturday 28 March 2015

DAP SARAWAK TEKAD KELUAR PAKATAN KERANA HUDUD


KUCHING : DAP Sarawak pada Jumaat mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini berkuat kuasa serta merta.

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata keputusan sebulat suara itu dibuat kerana sekutu PR, PAS telah menyeleweng daripada dasar bersama PR dengan mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Sekutu ketiga dalam PR ialah PKR.

“Sehubungan itu, selagi pelaksanaan hukum hudud menjadi agenda politik dan objektif PAS, DAP Sarawak tidak lagi boleh bekerjasama dengan PAS sebagai sebuah parti politik di Sarawak.

“Oleh itu, dengan PAS kekal sebagai parti komponen PR Sarawak, DAP Sarawak hari ini membuat resolusi dan keputusan yang menyedihkan untuk keluar daripada PR Sarawak,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa DAP Sarawak DAP.

Chong, yang juga anggota Parlimen Kuching MP dan anggota Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa, berkata resolusi DAP Sarawak merupakan keputusan sebulat suara jawatankuasa DAP negeri dan mengikut struktur parti DAP, DAP Sarawak mempunyai kuasa autonomi untuk membuat keputusan itu.-mstar.

1 comment:

IBU RISKA said...
This comment has been removed by a blog administrator.