Sunday 1 March 2015

BILA MASANYA ROSMAH DANDAN RAMBUT BERHARGA RM1,200 ???


Kenyataan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tentang 'dandanan rambut bernilai RM1,200' telah diputarbelitkan dan diselewengkan dari maksud asal. Malaysiakini telah berjaya menjadikan rungutan Rosmah Mansor itu sebagai satu rungutan kemewahan kerana terpaksa mengeluarkan RM1,200 semata-mata untuk mendandan rambutnya.

Berdasarkan kepada rakaman audio tersebut, Rosmah menceritakan tentang perlunya usaha memantau para peniaga yang membuat perniagaan dari rumah ke rumah. Ini adalah disebabkan ada peniaga yang mengenakan harga tidak munasabah bahkan setinggi lebih lima kali ganda. Rosmah memberikan contoh bagaimana dia telah bertanya tentang kos mewarnakan rambut, peniaga terbabit mahu mengenakan bayaran sebanyak RM1,200!

"Kalau saya nak cat rambut dekat rumah, dia caj RM1,200... amoi mahalnya. Kalau dekat kedai, difference charge, ini home service."

"Kalau saya nak cat" bermakna Rosmah baru sahaja bertanyakan harga. Dan harga itu baginya sendiri adalah terlalu mahal. Dalam keadaan apa sekalipun, apabila sudah mahal, maka sudah tentulah servis itu tidak akan diambil. Dan seandainya benar dia telah menggunakan khidmat tersebut, tentulah dia menyatakan, 'Saya cat rambut di rumah RM1200 sebab home service.' 

Kalau dia seorang yang boros dan mempunyai RM30 bilion sebagaimana yang didakwa oleh para pecacai Pakatan, sudah tentu RM1200 bukanlah mahal baginya.  Sekaligus maksud sebenar daripada ucapannya yang cuba dikotorkan oleh Malaysiakini dengan putar belit itu adalah, 'Kerajaan perlu memantau golongan peniaga tamak yang membuat untung berlipat kali ganda dan mengambil kesempatan ke atas pengguna.'

Barangkali menyedari bahawa mereka telah tersilap lapor dan putarbelit mereka  telah terdedah, Malaysiakini cuba melarikan isu tentang Rosmah Mansor membabitkan CINCIN RM24 JUTA pula. Namun sekali lagi, mereka melakukan kesilapan apabila di sebalik cubaan melakukan fitnah, mereka secara tidak sengaja telah membersihkan nama Rosmah Mansor.

Mereka sendiri yang menyiarkan berita bahawa cincin tersebut telah dihantar oleh Jacob & Co ke Putrajaya atas nama Rosmah Mansor untuk rujukan Maria Nazarbayez, besan Rosmah Mansor.

BACA SETERUSNYA..... DI SINI


No comments: