Thursday 19 March 2015

ANAK PEREMPUAN PM NIKAH HARI INI, SIAPA SEBARKAN DOKUMEN NIKAH ???

Anak Perempuan Najib Razak, Nooryana Najwa Nikah Hari Ini

YE.... benar. Anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa, akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Daniyar Kessikbayev, minggu ini.

Jurucakap dan wakil keluarga perdana menteri bagi majlis pertunangan dan pernikahan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata majlis akad nikah akan berlangsung pada Khamis (19 Mac) di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana di sini.

Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerusi satu kenyataan pada Rabu berkata upacara akad nikah akan disempurnakan sendiri oleh Najib.
Beliau berkata perdana menteri dan isteri bersama-sama keluarga Daniyar akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan di Kuala Lumpur dan juga di Pekan, Pahang.
Antara tetamu kenamaan yang dijangka hadir ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah; Raja-Raja Melayu; Yang Dipertua Negeri; menteri-menteri besar; ketua-ketua menteri; menteri-menteri Kabinet; timbalan-timbalan menteri; pegawai kanan kerajaan; ahli-ahli politik; ahli-ahli korporat dan pemimpin masyarakat.
Selain itu beberapa pembesar dan pemimpin dari luar negara juga dijangka hadir.
Nooryana Najwa, 27, menamatkan pengajian di Georgetown University, Washington pada 2011 dan kini berkhidmat dengan sebuah syarikat “Venture Capital”.
Beliau mengenali Daniyar, 27, yang berasal dari Kazakhstan ketika masing-masing menuntut di Amerika Syarikat.   Sumber : Mstar
Apa yang mendukacitakan penulis adalah, mengenai dokumen Surat Perakuan Nikah yang masih belum di tandatangani telah tersebar luas di laman-laman sosial terutamanya di applikasi WhatsApp. Tidak diketahui samada dokumen tersebut tulin ataupun telah diedit. Yang pastinya pada tulisan jumlah hantaran telah digariskan dengan garisan merah. Tidak diketahui apakah tujuan garisan merah tersebut....

Penulis terpaksa 'blur'kan dokumen tersebut berserta 'watermark' untuk mengelakkan 'kecurian'.
Yang menjadi persoalan ialah bukan jumlah hantaran tersebut tetapi bagaimana dokumen yang penulis fikirkan sulit itu boleh menjadi viral ?  Bagi kita yang telah berumahtangga, biasanya hanya orang-orang tertentu sahaja yang berpeluang untuk melihat surat tersebut.... malah kadang-kadang ibubapa pengantin pun tidak melihatnya. 
Siapa dalang di sebalik semuanya ini... mungkin JAWI atau Jabatan Perdana Menteri PERLU menyiasat perkara ini. 

No comments: