Sunday 8 February 2015

WANITA DIBELASAH 'TEMAN LELAKI', WAJAH SEBENAR TIDAK SAMA DI FACEBOOK


Seorang lelaki di China menghabiskan ribuan ringgit untuk bertemu teman wanita online-nya, hanya untuk mengetahui rupa wanita itu tidak pun serupa.

Menurut forum Viral Cham, kedua-dua mula mengenali di rangkaian sosial aplikasi WeChat, sebelum mula berpacaran sebulan yang lalu.

Lelaki itu, Huang, berasal dari Harbin di Timur Laut China, manakala wanita itu, Xiaojin, dari Suzhou dan bekerja di Wenzhou Bridge.

Terpegun dengan foto Xiaojin yang menunjukkan muka berbentuk bujur, mata besar dan kulit cerah, Huang memutuskan untuk bertemu cinta hatinya.

Huang menghabiskan beberapa ribu dolar dan terbang ke Wenzhou untuk bertemu 'dewi', kemudian ternganga bila melihat wanita itu.

Bukan sahaja Xiaojin berbeza berbanding foto, wanita itu juga gemuk. Wajah bulatnya juga gelap dan dipenuhi jerawat.

Xiaojin menjelaskan dalam foto dia memakai mekap dan ini adalah wajahnya yang tulen.

Kedua-dua mereka kemudian dilihat terus bertengkar di khalayak ramai. Dalam keadaan marah, Huang menyerang Xiaojin.

Kekecohan itu menyebabkan meraka dibawa ke balai polis, di mana isu kemudiannya diselesaikan secara baik.

Huang yang kecewa kembali ke Harbin pada hari yang sama, dan menegaskan "Selepas hari ini, saya tidak akan percaya percintaan dalam talian lagi!"

No comments: